Pages

Saturday, 30 June 2012

TAJAAN PROGRAM STAROBA OLDBOYS WEEKEND 2012 (OBW2012)


Assalamualaikum w.b.t

Sukacita saya menarik perhatian Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan berhubung perkara di atas.


Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAROBA) Ipoh, Perak akan menganjurkan STAROBA Old Boys Weekend 2012 (OBW2012) di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak pada 14 sehingga 16 September 2012. Program yang bertemakan ’BROTHERHOOD’ ini sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya adalah bertujuan untuk mengumpulkan bekas-bekas penuntut dari seawal tahun penubuhan STAR pada tahun 1957 sehingga sekarang yang mempunyai keahlian kira-kira 5,000 orang di seluruh negara termasuk dari negara Brunei Darussalam.

Old Boys Weekend (OBW) merupakan acara tahunan STAROBA dengan melibatkan kerjasama pihak sekolah. Pada 2012, bekas-bekas pelajar Batch 88-92 telah diberikan mandat penganjuran dan sehubungan dengan itu, STAR NINETY TWO (002064356-P) telah ditubuhkan khusus bagi maksud di atas dan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memastikan OBW2012 dapat di laksanakan dengan sempurna dan berjalan lancar. Bagi mengekalkan tradisi penganjuran sebelumnya, pelbagai program dan acara yang melibatkan bekasbekas pelajar termasuk pelajar-pelajar STAR telahpun di atur. Selain dari itu, dalam mengekalkan kesinambungan STAROBA melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada bekas-bekas pelajar, bekas-bekas guru, pelajar-pelajar STAR mahupun masyarakat setempat yang kurang bernasib baik, program-program kebajikan turut diadakan.

Dalam memastikan OBW2012 ini dapat berjalan lancar, STAROBA dengan rendah diri memohon sumbangan penajaan daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan. STAROBA juga turut memohon kebenaran pihak Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk menggunakan logo korporat, imej, maklumat syarikat Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan yang difikirkan bersesuaian bagi tujuan promosi.

Segala sumbangan hendaklah berbentuk CEK / BANK DRAF daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri/Dato’Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan dan bolehlah dibuat melalui akaun STAROBA seperti berikut (sumbangan secara TUNAI adalah TIDAK di terima):


PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAROBA)
No. Akaun Maybank : 5640 7033 2831


Akhir kata, sukacita STAROBA merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian pihak Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan menghulurkan penajaan bagi menjayakan STAROBA Old Boys Weekend 2012. Sebarang maklumat lanjut berkenaan OBW2012 boleh dicapai melalui http://www.staroba.org atau berhubung terus dengan jawatankuasa penganjur@penaja seperti di bawah:

1. En. Azzurizam bin Yusof
    Tel : +6013 333 0800

2. En Shariful Bahrin bin Abdul Halim
    Tel : +6012 976 6070

Sekian, terima kasih.


“ILMU PANDUAN HIDUP” 






No comments:

Post a Comment